BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 15 August 2011

♫❤ SeLoKa KeLaS 303 ❤♫

Assalamualaikum,Salam SEjahtera,
Senario 303 hendak bermula,
Ada ragam yang hendak dicerita,
16 puteri dan 17 putera.

Cik Linda guru kelas kami,
Mengajar Math tak faham kami,
Namun usahanya tak berbelah bagi,
Mendidik kami penuh dedikasi.

Pelajar perempuan gila-gila cantik,
Pelajar lelaki gila-gila lembik,
Bukan nak mengata atau mengejek,
Ini kenyataan tak usahlah reject.

Jannah ketua kelas kami,
Penolongnya si kecil molek iaitu Ary,
Amin "si jenaka"bendahari kami,
penolong bendahari cik Abang Fiqri,
Kalau kena marah keempat-empat cabut lari.

Ini cerita Nasir dan Sufi,
Bagaikan pinang tersalah belah,
Seorang tinggi seorang lagi rendah,
Bila lagi korang nak berubah??

Farina dan Jannah pengawas di sekolah,
Azrie dan Naim pengganas sekolah,
Belajar tekun masa depan cerah,
Dapat menjadi pelajar cemerlang sekolah.

Dalam kelas tak akan pernah sunyi,
Waktu PSK bertambah lah lagi.

Jangan pisahkan irama dan lagu,
Tanpa irama,
Lagu tak laku,
Kalau korang beria nak tahu,
Begitulah jua teman sekolahku.

Tanpa permit datangnya mereka,
Dari Indon dan juga Myanmar,
Sehati Sejiwa belajar bersama,
Fiqri,Zarul dan Amin,
Itulah mereka.

Komik Jepun "Doraemon" tajuknya,
Kawannya Nobita sepupu Aien Korea,
Tak suka marah,
Suka ketawa,
Itulah dia cik adik Aien Korea.

Bila marah tak kenal waktu dan tempat,
Selalu memarahi Fiqri kawanku,
Panas baran pecah meja dan bangku,
Itulah dia member baikku.

Tengok cermin itulah dia,
Selalu bermekap tak kira masa,
Bila dipanggail tak tau apa ditanya,
Itulah kawanku yang bernama Azua.

Ada tinggi ada rendah,
Ada besar ada kecil,
kalau belajar tekun YA RABBI,
Keluar result GEMPAK sekali.

Dari hujung ranbut ke hujung kaki,
Terkasar bahasa dan anda tersinggung maafkan kami,
Berjenaka berseloka hobi kami,
Jangan disimpan dalam hati,
Ini hanya gurauaan kami,
Exspecially Cik Hasmalinda,
Guru kelas kami.

0 comments: